Thursday 21 April 2011

Shahadah Asliah

Assalamualaikum wbt


Shahadah Asliah..merupakan sekeping ijazah yang bakal kita semua perolehi bila dah tamat pengajian di Mesir nanti i'Allah, samada pelajar bidang agama mahupun sains kesihatan. Sekeping sijil yang bakal menitiskan air mata kegembiraan ibu bapa di kampung, dengan penuh rasa bangga dan syukur kepadaNya. Setelah berpenat lelah mendidik dan memelihara seorang anak, berkorban apa saja untuk melihat anak kesayangan lulus dalam pengajiannya, maka ibu bapa lah insan yang paling berhak untuk menikmati kejayaan anak mereka.

Apatah lagi sekiranya anak itu belajar di luar negara. Setiap seminggu sekali maka ibu bapa terpaksa menadah telinga mendengar si anak meluahkan apa yang terbuku di hati. Ibu bapa memendam rasa risau dan resah di hati demi menyenangkan hati dan perasaan si anak lebih-lebih lagi ketika berlakunya Revolusi Mesir tempoh hari. Berapa ramai ibu bapa yang tidak lena tidur dan tak selera makan apabila terbayangkan situasi anak masing-masing di bumi Anbiyaa'.

Alkisahnya, Mesir memang unik. Begitulah jua dengan sistem pembelajarannya dan shahadah asliahnya. Jika di Malaysia, kita boleh berbangga dan bergembira dengan hari konvokesyen anjuran universiti masing-masing, namun itu semua adalah mimpi di Mesir. Konvokesyen memang wujud namun dibuat setelah 2 tahun habis belajar kalu tak silap dan dibuat dalam keadaan yang sederhana sahaja. Itu di ASU. Di universiti lain waallhua'lam.

Sehingga kini, aku telah berjaya menguruskan beberapa shahadah asliah senior-senior ASU bermula dengan shahadah abg zuhdi, abai, poknik dan yang terakhir sekali milik munir. Kini aku sedang cuba memproses sijil asliah batch kadir dan isra'. Setakat yang aku tahu, sijil asliah hanya boleh dibuat pada bulan Ogos pada setiap tahun. Contohnya jika kita exam final tahun 6 pada Nov 2011, maka kita dikira duf'ah Disember 2011 dan sijil asliah boleh dibuat bermula Ogos 2012. Maka khidmat junior amatlah penting tatkala pada waktu itu kita sedang menjadi hamba orang (HO) di hospital-hospital kerajaan Malaysia.



Inilah gambarannya sijil ijazah kita semua nanti i'Allah. Aku belum tengok sijil University Cairo namun sijil Al Azhar adalah lebih kurang sama dengan ini. Semuanya menggunakan tulisan khat gaya diatas.

Sijil di atas adalah milik abg Munir Hashim, grad duf'ah disember 2009. Gambar di atas diambil sebagai contoh untuk proses membuat sijil pada masa akan datang. Proses membuat sijil asliah ASU bermula dari membuat sijil muaqqotah (sijil sementara). Aku takde plak contoh sijil muaqqotah sebab semuanya dah bagi kat empunya sijil. Sijil muaqqotah adalah bernilai Le38.50. Setelah siap sijil muaqqotah maka ia perlu difotostat untuk diserahkan kepada tukang buat sijil. Sijil asliah ASU adalah berharga Le175, itu yang tertulis pada resit bayaran namun biasanya tukang buat sijil tu minta lebih.

Pada minggu lepas sambil tunggu nak bayar sijil, aku terborak dengan seorang akak arab yang dah grad tahun 2005 lagi. Aku nampak dia pegang sijil asliah dan tanya berapakah kos sijil dia. Dia cakap Le35. hah terkejut! memang asalnya sijil asliah murah saja, bukan Le175 yang kita bayar. Hakikatnya sijil asliah memang akan dibuat oleh universiti mengikut batch masing-masing namun tempoh untuk siap memakan masa yang amat lama. Akak tu cakap sekarang baru siap sijil asliah batch 2006. 5 tahun baru dapat siap huu maka untuk mempercepatkan proses buat sijil maka kita terpaksa bayar Le175. Begitulah alkisahnya sijil asliah ASU.

Setelah membayar kos sijil asliah dan serah resit sekali dengan salinan paspot sijil muqaatah, maka kena tunggu lebih kurang sebulan baru boleh siap. Setelah siap, perlu pergi ke maincamp untuk mendapatkan cop rasmi kementerian luar Mesir, supaya dapat digunakan di luar Mesir. Kos cop itu adalah Le20. Cop tersebut berada di bahagian belakang sijil sebagaimana pada gambar kedua. Walaupun total kos baru sahaja Le233.50, namun biasanya ia akan menjadi lebih Le250 disebabkan duit kopi dan sebagainya.adeih~

Sijil asliah tak diperlu untuk mula bekerja sebagai HO, namun perlu untuk menjadi MO dan sambung master nanti. Lain universiti lain pula cara dan prosedurnya. Oh ya aku terlupa, untuk membuat sijil asliah dan muaqqotah, salinan pasport tuan sijil dan surat tawkil amatlah penting. Surat tawkil boleh dibuat di kedutaan Malaysia dengan percuma. Jangan haraplah nak ambil sijil asliah tanpa tawkil. Harap semua makin semangat untuk menggapai sijil masing-masing.adios!~.

Tuesday 19 April 2011

salam muqaddimah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala, Tuhan seluruh alam, di mana kita adalah hambaNya dan seluruh makhluk adalah milikNya. Selawat dan salam ke atas junjungan yang semulia-mulia makhluk Nabi Muhammad saw, para ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Dalam menjalani hidup sehari-hari di tahun 6, tetiba aku terfikir untuk kembali berblog haha ntah mengapa... doakan moga diriku dapat istiqomah dan komited dalam menghidupkan blog yang kali ini, moga tidak masuk arkib negara macam blog ku yang lalu huu ameen~

Aku dan kawan-kawan seperjuangan kini di round OnG. Sudah masuk minggu ketiga berulang alik ke hospital nisaa' ASU. Kelas kami biasanya di tingkat 4. Suasana dalam hospital yang lebih tenang dan banyak ruang, tidak seperti hospital paediatrik yang sempit or hospital batnah yang sentiasa sibuk. Wihdah kami adalah yang pertama, dipanggil wihdah uulaa. Wihdah ni adalah untuk para pesakit OnG yang berkaitan dengan kes surgery. Mereka berada di wad untuk dievaluate dan access sebelum mereka berada di atas meja bedah untuk menjadi santapan para surgeons.

Di sini aku nak share beberapa gambar pemandangan ASU dari tingkat 4 hospital nisaa'. Moga aku terus bangga menjadi warga ASU~






Garisan Pemula

Firman Allah Taala :

" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"


[Surah An-Nahl Ayat 125]